Assalamualaikum
Cewahhhh. Tajuk pun macam dah mengancam je kan? Hmmmm. Nice idea sebenarnya nak create pendapat tentang seorang lelaki. Kalau berjalan, jumpa lelaki berkopiah, mesti terdetik dalam hati " dia ni mesti alim " . Bohong sangat kalau terdetik " mesti dia ni mat rempit " .
Pertama sekali, Ain nak minta maaf kalau apa yang Ain tulis ni ada terkena mengena dengan hidup peribadi pembaca. Sebab kebanyakan pendapat ain adalah pandangan ain sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, ain ni lebih suka memerhati daripada mengkritik. Kalau lebih mengkritik, nanti orang cakap ain ni lebih-lebih plak. So, better keep silence than people judge you on your behave :)
Sekarang, ain nak cakap tentang jenis lelaki yang suka berkawan dengan perempuan berbanding lelaki. Pandangan ain, lelaki macam ni boleh dikategorikan " a nice guy ", TETAPI lelaki tu sendiri kena ada batasan pergaulannya. Tak mustahil si dara akan mengamuk kalau dapat tahu si teruna kesayangan ni banyak sangat chatting, mesej dengan perempuan lain. Haaaa. Macam mana nak jawab kalau jadi macam ni? hehe. Fikir sedalam-dalamnya ^^,
Sambungan......
Jenis lelaki yang kedua adalah lelaki yang berkereta mewah. Ehem2, bukan nak jatuhkan maruah, tapi kereta tu kereta mak ke? hehe. Just kidding. Mungkin hasil titik peluh dia sendiri. Alhamdulillah. Tapi, si dara yang berpeluang duduk di kerusi mewah dalam kereta tu mesti bangga kan kalau orang sekeliling duk pandang. Then, mulut diorang ternganga sambil sebut "wow" . Maaf saudara, harta dunia. Berjaga-jaga gunakan harta tu. It's a nice guy when you have a luxurious car and a big house when you buy them with your own money :)
Lelaki berkopiah, berserban? Hmmm. Pandangan ain diorang memang terbaik. Handsome boy. Sapa tak cair kalau tengok lelaki pakai serban, pakai baju melayu p masjid oiii. Cair mak kau ! Tak la. Gurau-gurau je. Diorang yang pakai macam ni memang awesome. Semua orang mengimpikan teman hidup yang macam ni, but don't judge a book by it's cover. Ain tak ada niat nak burukkan diorang. But maybe one of them is not like what we expect. So, be careful, my dear.
Next, ain nak bagi pendapat tentang lelaki yang suka sangat duk bagi harapan kat si dara ni. Wahai lelaki seluruh dunia, tak baik tau main-mainkan kaum hawa yang lemah ni. Hehehe. Kaum Adam kalau nak berkawan, biar ikhlas. Jangan ada perasaan yang tak sepatutnya. Kalau umur baru 12, 13 tahun nak bercintan cintun memang tak munasabah la adik oiii. Akak tak boleh nak tolong la kalau korang putus cinta. Ada faham ka?
Ok. Penat menulis. Pesanan Ain, berhati-hati dalam menilai seseorang. Not just for Hawa, but also for Adam. Ain doakan korang sentiasa dirahmati Allah. Nanti ain cerita lagi pengalaman ain di blog ni. Sentiasa la jenguk-jenguk ain di sini ^^,
" dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman "
[ az-zariyat : 55 ]






nice
ReplyDeletehehe. kan2?
ReplyDeleteHha .. iya , mungkin btul juga ..
ReplyDeleteFollow blog kita 'ikhwanzal.blogspot.com