Monday, 27 August 2012

cAra tEnangKaN hAti

Hati yang tenang dapat menjana pemikiran yang positif. Sentiasa muhasabah agar hati dalam keadaan baik dan fikiran tidak terganggu dengan masalah-masalah duniawi. Masalah tidak akan selesai jika kita tidak berfikir secara rasional. Di sini ada sedikit tips untuk tenangkan hati yang sedang dilanda resah gelisah.
  1. Sentiasa solat di awal waktu dan berdoa kepadaNya. Solat di awal waktu dapat menumpukan perhatian kepada kerja lain apabila fikiran sudah bersih dengan khusyuknya beribadat. Berdoa dengan ikhlas supaya hati sentiasa tenang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  2. Selawat ke atas nabi sekurang-kurangnya 100x sebelum tidur. Selain hati tenang, amalan ini boleh menjadikan kita murah rezeki, disayangi ramai dan mendatangkan banyak perkara baik.
  3. Membaca al-Quran dapat menenangkan jiwa yang tengah gelisah. Bacalah dengan khusyuk dan hayati setiap ayat yang di baca supaya hati tersentuh dengan keindahan setiap ayat yang dibariskan. Nescaya hati menjadi tenang di samping minda menjadi cerdas.
  4. Memaafi kesalahan orang lain sebelum tidur. Sedangkan nabi ampunkan ummat, inikan pula manusia. Amalan ini dapat menjadikan kita seorang yang tenang apabila bangun keesokan hari. Setiap kesalahan haruslah dimaafkan kerana " nobody's perfect " .
  5. berpuasa. Dengan puasa, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan dan hati terhindar daripada terus dipenuhi dengan kekotoran.
  6. program cuci minda- Mesti keliru dengan point ni kan? macam ni, sebelum tidur, positifkan diri dengan berbisik kepada diri sendiri. " esok, aku nak jadi bersemangat, nak jadi orang yang baik, tak nak gelabah dan tak nak marah-marah orang " . Menurut kajian, otak boleh merakam apa yang dicakapkan sepanjang kita tidur. So, try la :)
  7. Ingat mati - Sebelum melakukan sesuatu kejahatan, ingat yang kita akan mati bila-bila masa sahaja. Mungkin kita tidak sempat untuk bertaubat.
  8. bersedekah - Sekadar senyuman yang diberi sudah memadai untuk menjadikan hati tenang. Bukan sedekah harta yang utama :)
  9. Kekalkan wudhuk - Malaikat akan sentiasa mendampingi manusia yang sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Memang hati akan tenang jika sentiasa ada malaikat sebagai pendamping.
  10. Berkawan dengan ulama - Sentiasa berdamping dengan orang yang luas pengetahuan agama. Mendalami sesuatu ilmu membuat kita banyak berfikir untuk terus maju dan mudah menyelesaikan masalah.
  11. Saling pesan antara satu sama lain - Pesan memesan tentang kebaikan menjadikan kita seorang yang sentiasa menjaga kebajikan saudara-saudaranya. Pesan untuk kebaikan, nescaya kita juga beroleh benda yang sama yang kita pesan kepada orang lain.
“Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

No comments:

Post a Comment