Sunday, 2 September 2012

Di mana darjat seorang ibu di mata seorang anak ?

" keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa "

sejauh mana kita faham dengan kata-kata di atas ni? Kalau nak tengok budak-budak zaman sekarang memang kurang pemahaman maksud kata-kata ni. Seseorang yang ingin mencari keredhaan Allah, cari lah keredhaan ibu bapa dulu. Kalau beribadat seribu tahun pun, tapi hidup tak berasaskan keredhaan ibu bapa, memang tak berkat, sayang.


Sedih tak bila tengok seorang ibu menangis? Ingat ! Setitik air mata ibu jatuh sebab kecewa dengan kita, selangkah kita menghampiri neraka. Pembaca nak ke masuk neraka? Tak pernah dengar ke gambaran neraka macam mana? hmm. Kalau rasa diri kebal, try la masuk. Tapi yang sedih nya, tak boleh nak " try and error ". Kalau sekali dah masuk, memang kekal sampai dosa diampunkan. So, fikir lah nak try ke tak :)

Rahim seorang ibu dipenuhi dengan kasih sayang. Sebab tu la dinamakan rahim. Indah kan ciptaan Allah? Kita boleh buat ke semua tuh dengan kasih sayang kita yang tak seberapa ni? 9 bulan 10 hari dalam kandungan, dilahirkan dengan selamat, tu bukan menunjukkan kasih sayang Allah ke dengan menjaga kita semasa kandungan ? Sekarang, meh kita renungkan di mana kita nak letak darjat seorang ibu? Di kaki, bahu, kepala ?

Jawapan ada di hati masing-masing. Sesiapa yang 'ter' abaikan ibu tuh, ambil balik hati ibu untuk memberi keredhaan hidup kat kita. Tak rasa ke kehadirang seorang ibu tu sangat membahagiakan ? Indah tao bila mendengar nasihat dan leteran. Nanti dah tade dia di dunia, siapa lagi nak leterkan kita? Rindunya kita kat dia, kan?

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya. Indahnya kasih seorang ibu sehingga membawa ke syurga. Nak masuk syurga tak? Ain nak. So, jom sama-sama kita dapatkan kasih ibu. Macam mana nak dapat kasih tu? Hmm. Dapatkan keredhaan ibu dulu la. kan3? 

Tak rasa sedih ke bila ibu takde? Buat yang sudah kehilangan ibu, jangan bersedih. Semua akan kembali kepada pencipta. Tabahkan hati. Kita sebagai anak, berdoa berterusan. Doa seorang anak lah yang dibawa bersama semasa di alam barzakh. Buat yang masih ada seorang ibu, hargai ibu anda selagi hayatnya. Jangan sakiti hatinya. Kita mengelak untuk tak sakiti hati pakwe kita, tetapi kenapa kita tak mengelak untuk tak sakiti ibu kita? Yang mana lagi berharga ? Pakwe or ibu? Kalau adik-adik pilih ibu, alhamdulillah. Kalau pilih pakwe, nauzubillah :)

Entry ni di tulis khas ditujukan untuk ibu Ain, Zunaidah binti Wi. Seorang ibu yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam membesarkan 5 orang anak. Ain harap ma sentiasa menjadi seorang ibu yang diberkati dan menjadi seorang isteri yang diredhai. Ain dan adik-beradik yang lain akan berusaha menjadi anak yang diredhai. InsyaAllah, kita akan berjumpa di syurga. Aminn :)

No comments:

Post a Comment